Monday, March 10, 2014

PROGRAM KEBAJIKAN DAN ZIARAH BERSAMA DEWAN MUSLIMAT

Rabu 5hb Mac 2014 - JKKK Padang Jawa Petaling dengan kerjasama Dewan Muslimat Shah Alam telah mengadakan program Kebajikan dan ziarah bersama Dewan Muslimat PAS Shah Alam. Antara yang sempat kami ziarahi termasuklah Sdra Pak Yaacob - beliau merupakan bekas AJK Biro Keselamatan dan kini uzur sakit sendi lutut. Juga Puan Saerah di Jalan Tegas yang sedang uzur akibat terjatuh.

Seterusnya rumah Tn Hj Husin di jalan Sekolah yang juga sedang uzur dan tiada berkemampuan untuk bergerak tanpa kerusi roda. Antara rumah rumah lain yang sempat juga kami ziarahi serta memberi sedikit bantuan dalam bentuk barangan keperluan seharian termasuklah rumah Kak Teh di Lorong Sri Aman yang sedang menderita Sakit Barah / rumah Kak nah di Jalan Besar yang baru sahaja kehilangan suami yang meninggal serta Rumah Sarjan Mat Zain yang juga sedang uzur sakit jantung.

Semuga mereka semua beroleh kesembuhan serta keberkatan hisup oleh Allah swt serta dapat sembuh Insya Allah. Doa kami mengiringi untuk mereka semua.

No comments:

Post a Comment